Thursday, April 6, 2017

Ghibah?

Apa maksud Ghibah?

Secara istilah adalah menyebutkan sesuatu perkara yang terdapat pada diri seseorang Muslim, sedangkan ia tidak suka (jika hal itu disebutkan). Baik dalam soal jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, ahlaknya, bentuk lahiriyahnya dan sebagainya. Cara melakukan gibah juga bermacam-macam. Di antaranya dengan mengetengahkan keaibannya dan meniru tingkah-laku atau gerak-geri tertentu dengan bertujuan untuk memperolokkannya. 

Secara bahasa, ghibah bererti mengumpat. Namun ia tidak hanya menjurus kepada perbuatan mengumpat semata-mata. Ramai orang meremehkan permasalahan ghibah, padahal dalam pandangan Allah ia adalah sesuatu yang keji dan kotor. Hal itu dijelaskan dalam sabda hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. "Ertinya : Ghibah itu ada tujuh puluh dua pintu, yang paling ringan daripadanya sama dengan seseorang lelaki yang menyetubuhi ibunya (sendiri), dan ghibah yang paling berat adalah mengumpat seorang lelaki atas kehormatan saudaranya". (As-Silsilah As-Shahihah,)




"Kekadang orang memalukan kita dengan cara yang paling halus.
Senyum. Tak perlu kata apa-apa"

Kita yakin,, kita ada Allah swt bukan?
Kita yakin.. Allah sebaik-baik dan seadil-adil memberi balasan bukan?
Kita yakin.. hidup dan mati adalah untuk Allah swt...

Doakan dan terus berbuat baik.. Moga hidayah Allah tiba padanya. Apa lagi yang kita mahukan? Tegar melihat saudara sendiri kesusahan di Sana nanti? Pasti lebih indah andai kita semua dapat bersama di Taman Firdausi.. kan? 

Moga kita beroleh khusnul khotimah... Kita sama-sama didik diri dan hati untuk menjauhi Ghibah. 

Ada tips yang boleh dikongsi?

1. Pasang dan Pasak niat sebaiknya dalam hati.

2. Dekati Al-Quran dan kerap lah Tahajjud. Mohon keampunan, petunjuk dan bantuan Allah swt.

3. Kenali dan ketahui aktiviti atau rutin yang digemari. Contohnya; Suka menulis? 
    Wujudkan blog untuk berkongsi hasil karya.. mana tahu, satu hari menjadi suntingan penerbit buku ;) Ramai penulis yang bermula dengan menulis di laman sosial kini telah menerbitkan pelbagai buku! Set kan agar aktiviti rutin ini dilakukan tanpa gangguan.. pasti berbaloi...

4. Kenali dan dampingi orang positif... yang mempunyai aura motivasi dan semangat diri yang kental. Tidak semestinya kita perlu meniru individu ini kesemuanya. Tapi, perhatikan cara berfikir dan tindakan mereka dalam berkongsi. Serap kata-kata penuh hikmah mereka.. Tiru jika berkeupayaan. atau lakukan penyesuaian..tidak semua orang sama situasi antara satu sama lain.

5. Basahkan lisan dengan Zikrullah.. Sentiasa fikirkan kesan apabila kita ingin berbicara. Tiada manfaat, DIAM sahaja!

6. Husnudzon... ;)

7. Beri hadiah/penghargaan kepada 'insan bertuah' itu. 
   Satu perkara yang umi amat gemar lakukan. Andai umi tahu ada insan yang 'Ghibah' mengenai umi, atau ahli keluarga umi..yang buat hati umi terusik, umi pastilah sedih. Tapi, tindakan yang umi akan lakukan adalah mendoakan buatnya.. dan umi akan beri hadiah. Biasanya umi akan hadiahkan buku atau masak, baking sesuatu untuk insan itu. Masak dan bake penuh kasih sayang... Moga hidayah dan aura positif kita sampai kepadanya.. selain therapy kesedihan, kita dapat tautkan / sebarkan kasih sayang... Insya Allah. So far, berkesan buat umi dan worth doing it! 


No comments:

Post a Comment