Sunday, February 26, 2017

Merentas Desa

Malam sebelumnya, 
Umi tak dapat lelapkan mata.
Sajidah & Sayyidah juga. Ralit bermain berdua.
Kakak berdua, Nurin & Ain dah lama berlayar.
Jam sudah hampir menunjukkan 12 tengah malam. 
Aduh, macam mana ni, esok kena bangun awal pagi.
Pukul 7 dah kena berkumpula di padang sekolah.
Segala keperluan untuk esok; pakaian, bekalan air dan makanan, deep heat cream juga umi dah siapkan.
Sarapan untuk esok, juga memang awal lagi umi dah rancang; pisang, roti dan minuman coklat panas. Nampak ringkas tapi, insyaAllah cukup untuk bekalan tenaga mereka nanti. Sempat juga umi buatkan jemput pisang, bekalan selepas larian nanti. 
Dalam memikirkan tentang esok, umi tak pasti jam berapa dapat lelapkan mata, mungkin dalam 1 pagi macam tu. 
Sedar-sedar dah pukul 5.30 pagi. Umi bingkas bangun, mandi dan kejut kakak-kakak dahulu. Kesian pula nak kejutkan Sajidah, dia tidur lewat. Fikir umi kalau Sajidah tak bangun, umi nak biarkan sahaja. Tapi, Alhamdulillah, Sajidah bangun sendiri pagi tu. Bersemangat sangat dia walau tak cukup tidur. Anak-anak siap sedia tepat jam 7 pagi. Dalam 7.15 pagi dah tiba sekolah. Masih ramai yang belum tiba. Sayyidah masih tidur. Keletihan nampaknya. 
Usai menghantar kakak-kakak di padang sekolah, umi menunggu Cikgu Zurehan untuk sesi seterusnya. Umi bertugas di booth air Rumah Hijau. Sambil bertugas, dapat bagi sokongan pada anak-anak. Seronok rasanya! . Murid-murid dilepaskan kira-kira jam 8.30 pagi. Dalam jam 9.30 tugas umi juga selesai. Sewaktu kakak Nurin melewati booth umi, dia sedang dihadapan mendahului pencabar terdekatnya, Syafiqah (seperti yang dijangka). Murid terakhir berlari dah melewati booth umi. Kami bersiap mengemas dan terus ke padang SKSPP.. Setiba umi di padang, kakak-kakak semua telah tiba di sekolah. Tapi masih ada murid-murid yang sedang menghabiskan larian. Umi terus mencari puteri-puteri umi..
Sebaik anak-anak nampak kelibat umi, terus dipeluk dan memberitahu nombor masing-masing. Alhamdulillah!!! syukur...

Srikandi-srikandi umi bersedia untuk menyahut cabaran merentas desa!

Mula! Nampak tak kakak Nurin tu...
Pecutan awal atlit-atlit SKSPP (kategori P12)
Ain di booth Umi, hihihi... Cikgu Emir, photobomb! ;)

 Barisan atlit SKSPP...seperti yang dijangka. Nurin & Ain dengan kawan-kawan. Ain tak larat nak berdiri dah, kepenatan.
Tahniah buat Ain juga kerana berjaya menghabiskan larian walaupun belum betul-betul sihat. Umi bangga!

2 atlit larian umi...
Nurin berjaya mendapat no 2 untuk kategori Perempuan 12 tahun
dan Sajidah berjaya mendapat no 10 untuk kategori Perempuan 8 tahun
Ain, atlit balapan. Kita tunggu hari sukan nanti ya ;)

 Alhamdulillah....syukur. Semuanya berkahir dengan baik. Balik tu, kami singgah hantar Hanah dan Hasya, anak jiran umi yang semakin rapat dengan kami. Subhanallah, bagai terjawab kerisauan umi malam sebelumnya...mummy Hanah & Hasya siap masakkan untuk kami semua. Maka, lunch hari tu di rumah Aunty Jay (mummy Hanah & Hasya). Sedapnya..makan ramai-ramai.

Nasi putih + Asam Pedas + Telur Goreng + Ulam Kobis! Merecikssss

 Tiba rumah lebih kurang jam 3 petang, masing-masing kepenatan.. Usai mandi dan solat, semua tertidur.

Alhamdulillah, untuk hari yang bermakna. Anak-anak seronok...umi lebih lagi. Terima kasih Allah pinjamkan 1 lagi hari yang indah buat kami. Moga kami sentiasa dalam Rahmat dan RedhaMu walau dalam susah atau senang... Ameen <3


  



No comments:

Post a Comment