Monday, February 27, 2017

Catatan Perjalananku : Episod 1

Assalamualaikum wbt & Salam Awal Fajar...

Subhanallah, Allah izinkan umi terbangun pada tepat jam 4.00 pagi. Sebaik bangun, terlintas suatu idea... tajuk baru untuk penulisan umi...
Selama lebih 2 bulan umi 'frozen' dengan tajuk yang telah pun diluluskan ketika "Progress Report Presentation" tahun lalu... Ketika itu, syukur sangat kerana tajuk umi lulus tanpa banyak persoalan oleh penilai. Sedangkan rata-rata sahabat seperjuangan umi ramai yang diminta menukar topik.

Insya Allah, perjumpaan dengan penyelia telah di atur. Tak sabar rasanya umi nak bentangkan idea baru yang pastinya nampak sangat menarik. Semoga diterima penyelia, penilai dan seterusnya mudah juga urusan selepas itu sehingga akhirnya!

Sebenarnya, dalam masa sebulan lalu memang umi agak risau memikirkan gerak kerja perjalanan yang telah dimulakan ni. Tiba-tiba tepu kepala bagaimana nak teruskan. Alhamdulillah, awal pagi semalam, salah seorang #gengbahu umi berkongsi cerita gembiranya... 3 journalnya dalam proses penerimaan Scopus!!! Wah, sungguh..ianya merupakan sesuatu yang sangat membanggakan jika diterima. Scopus... bukan calang-calang journal yang diterima untuk diterbitkan. Ketepikan dulu berapa faktor impak nya. Penerbitan dalam Scopus suatu pencapaian yang besar bagi seorang penulis akademik pastinya.


Kita mulakan semula dengan semangat baru! 


#MyPhDJourney
#TeleworkingAndSupportGroup
#gengbahu
#BuatApaYangKitaSuka

2 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan bakal Dr. kita sorang ni.. perghhh kagum akak..

    ReplyDelete
  2. Ameen..Ya Rabb.. tiada apa kak, semua Allah punya dan kita usahakan. Masing-masing punya bahagian sendiri kan.. Ku kagum denganmu punya bakat melukis dan kreatif!

    ReplyDelete

Popular Posts