Tuesday, December 6, 2016

Tips Menangani Kesedihan / Kemurungan

Dengan Nama Allah Yang Maha Hebat...

Allah..Allah..Allah...

Percaya atau tidak setiap orang punya bahagia?

Tepuk dada tanya iman.

Tidak perlu berpura-pura menyatakan bahagia, sedangkan sendiri berantakan.
Tidak perlu juga berkongsi kisah bahagia, sedangkan hati sering sakit menyalahkan.
Tidak perlu juga mendabik dada bahawa bahagia milik kita, pada masa yang sama menjaja aib orang lain sehingga lupa aib sendiri...

Saat Allah kurniakan kebahagiaan dan kegembiraan... kita bersederhana lah
Begitu juga dalam menghadapi kesedihan dan kemarahan

Syukur kerana hingga ke saat ini...umi masih rasional dalam berkongsi cerita terutamanya di laman facebook.

Setiap kali ingin menulis.. umi akan tanya pada diri sendiri.. apakah tujuan menulis?
1. Berkongsi agar dapat menjadi inspirasi orang lain
2. Menunjuk?
3. Untuk menyakitkan hati orang?
4. Meraikan ahli keluarga/sahabat


Umi juga manusia biasa, adakala... rasa gembira dan bahagia, ingin sahaja kita berkongsi cerita bahagia itu...adakala, terbit rasa sedih...ingin juga bercerita, meraih sokongan.. Namun, syukur kerana segera dikejutkan dengan peringatan ALlah...lantas istighfar dan penulisan yang berbaur sakit hati atau sedih tadi..terpadam atau sekadar untuk diri sendiri sahaja.

Andai dulu umi cenderung untuk mengahadapi kesedihan sendirian... Kini, Umi punya cara yang lebih efektif dan baik untuk tangani nya!

Saat hati gembira, sujud syukur dan bercerita hanya dengan ahli keluarga dan sahabat terdekat. Dan sentiasa ingat bahawa, rasa ini Allah yang hadirkan jua sebagai Ujian!

Apabila kesedihan melanda, tips-tips ini sangat membantu Umi!

1. Bertenang, tarik nafas dan muhasabah lah!
Saat hati kesedihan kerap kali kita takkan mampu berfikir secara rasional. Maka, cara terbaik adalah tarik nafas dulu...agar kita dapat bermusabah dengan rasional.

2. Berwudhuk atau Mandi
Saat hati tegang, runsing, tak keruan ianya adalah tempias kemarahan dan kesedihan..Sifat-sifat negatif ini adalah tempias dari syaitan dan pastinya ianya bersifat API yang panas... Maka, sejukkan dengan air.. Caranya, berwudhuklah atau mandilah. Bukankah Rasulullah saw juga ada berpesan sedemikian... Insha Allah, sedikit sebanyak, kemarahan dan kesedihan akan jatuh juga sedikit demi sedikit umpama air yang gugur.

3. Menangislah!
Menangislah andai itu perlu dan dapat menenangkan. Kadangkala, dengan menangis..kita akan rasa terluah segalanya...

4. Menyertai Kumpulan Sokongan
Kenalpasti minat dan kecenderungan diri sendiri dan sibukkan dengan aktiviti kumpulan sokongan yang sesuai dengan diri kita. Sebagai contoh, Umi amat suka menyertai kumpulan sokongan yang menekankan konsep kekeluargaan. Maka, umi senang aktif dengan aktiviti Kelab Susu Ibu dan Kelab Babywearing. Semua aktiviti yang dijalankan pasti akan melibatkan anak-anak turut serta. Umi senang begitu. Sambil ibu-ibu menambah ilmu, berjumpa dan bersosial dengan sahabat-sahabat, anak-anak masih ada di depan mata dan mereka juga turut 'enjoy' dengan kawan-kawan dan aktiviti. Andai, minat menjahit atau memasak ada baiknya dapatkan sahabat-sahabat yang sealiran dan aturkan pertemuan untuk saling berkongsi ilmu. Melalui kumpulan sokongan ini, boleh dijadikan sebagai 'escapism' andai terbelenggu dengan masalah. Keluar bersosial, dapatkan semangat dan sisi lain kehidupan untuk kita kembali dan menguruskan masalah yang terbeban dengan lebih matang! Tidaklah terkongkong dan bersikap kebudak-budakan kerana ingin meraih perhatian.

5. Bacalah QalamNya
Saat hati sedang dibuai kesedihan, pasti perlbagai persoalan juga yang sering bermain difikiran.
"Apa tindakan yang perlu aku lakukan?"
"Berapa lama harus aku begini?"
"Siapa yang salah sebanarnya...?"
dan pelbagai lagi... Maka langkah yang sangat Umi gemari adalah membuka Al-Quran secara rambang dan mendalami maksud ayat yang terbentang tanpa sengaja itu. Dan pada Umi, ayat itulah yang pasti akan menentukan tindakan umi seterusnya kerana ianya umpama pujukan secara tidak langsung dari Allah swt. Dan umi merasakan Allah sedang berbicara dengan umi. Seringkali helaian Qalam Allah basah kerana deraian air mata yang tidak henti. Namun, ianya merupakan satu perasaan yang indah... Selepas itu, hati akan kembali tenang dan lebih rasional.

Begitulah secara ringkas apa yang umi sering lakukan saat menghadapi kesedihan atau kemarahan kerana umi juga wanita biasa yang sangat lemah. Namun masih lagi berjuang untuk terus kuat agar kita sedar.. Bahawa segala yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah untuk kita persiapkan diri kembali kepadaNya dalam keadaan redha lagi diredhai... Ameen..

Moga perkongsian yang sedikit ini mampu memberi panduan dan manfaat.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts