Friday, January 15, 2016

Catatan Buat Zauj Tercinta


Zaujku

Sederhana orangnya biasa-biasa sahaja
Namun manis senyumnya
Mudah juga berbicara
Buat aku terpegun seketika

Jasad tidak selalu bersama
Namun hati sentiasa bertaut dalam doa
Bicara rindu menyulam rasa
Menjadi ikatan makrifat cinta

Jarak usia bukan penyebab jaraknya hubungan kita
Beza citarasa bukan penghalang mencipta bahagia

Jarak itulah melahirkan mesra bila berjumpa
Perbezaan itulah melengkapkan kehidupan kita berdua

Hidup kita cukup berbeza
Tidak seperti yang biasa-biasa
Kerana kita luarbiasa
Yang Allah telah taqdirkan untuk laluinya

Kejut aku saat aku terlena
Sambut tanganku saat aku berusaha
Dakapku saat aku hilang punca

Kerana diriku dari rusuk kirimu yang tidak bermaya
Kerana diriku adalah makmummu selagi bernyawa
Kerana impian kita akhirnya ke syurga bersama.............


No comments:

Post a Comment