Thursday, February 5, 2015

SANAH HELWA YA BUNAYYA HABIBI : NUR SAYYIDAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah..



Terima kasih Ya Allah atas pinjaman Anugerah Terindah ini.

Nur Sayyidah - Cahaya Pemimpin Wanita.

Diilhamkan oleh Ayahanda setelah genap 7 hr kelahiranmu.

Salam Hari Lahir.. moga dirimu sentiasa dirahmati Allah swt untuk menjadi insan solehah dan muslehah...cemerlang dunia dan akhirat.

Mudah sekali melalui proses mengandungkan, melahirkan dan berpantang bersamamu..meski pelbagai dugaan yang hadir.

Mengenangkan kembali detik kelahiran setahun yang lalu..

Umi mulai rasa sesuatu yang lain sebaik bangun tidur pada 5 Februari 2015.. saat itu ayah sedang tunggu sedia untuk ke KL. Jam 12.30 tengahari, ayah bertolak ke KL. Sayu dihati.. namun kata-kata semangat dari ayah menguatkan umi.

Kira-kira jam 4.30 petang tika masih di pejabat, umi mula merasakan rasa pergerakan yang agak tidak menyenangkan... sebaik dengar azan Asar, umi terus tunaikan dan mohon doa agar dimudahkan segala urusan. Berkali-kali cuba menelefon ayah untuk memaklumkan keadaan..namun hampa. Jam 5.00 petang barulah ayah menelefon umi semula... setelah bercerita sambil dalam keadaan bertahan, ayah mohon agar umi terus bersabar dan banyakkan selawat.

Jam 5.15 ptg, sakit semakin terasa... kekerapan 10 minit sekali. Umi mohon diri kepada semua dan mohon maaf untuk segala kesilapan. Umi pulang ke rumah dengan membawa kereta sendiri dalam keadaan kontraksi semakin kerap.

Tiba di rumah, ayah telefon lagi. umi maklumkan kontraksi dah semakin kerap dan umi sendirian di rumah menyiapkan beg pakaian anak2 yg bakal ditinggalkan dan beg pakaian umi. Mujur beg baby dan keperluan lainnya telah terlebih awal umi siapkan maka tinggal capai dan bawa. dalam menahan kesakitan dan keterbatasan untuk bergerak menyiapkan barang2..air mata jatuh berguguran... sayu mengenangkan keadaan itu.. Moga diri ini tidak melahirkan di rumah saat ini sendirian. Jam 6.30 petang, Cikgu Ina- babysitter .. tiba di rumah dan bantu bawa umi ke Hospital Kulai.. Syukur Ya Allah.. perjalanan yang selalunya sesak waktu itu... tidak berlaku pada hari berkenaan, lampu trafik semuanya hijau dan perjalanan amat mudah. Jam 6.50petang sudah tiba di Hospital Kulai dan terus dibawa ke bilik saringan. Terkejut misi yang bertugas kerana jalan dah buka 10cm! Terus dibawa masuk ke bilik bersalin pada jam 7.10mlm. Waktu itu umi mengalami sedikit kesukaran untuk meneran bayi untuk keluar krn kekurangan tenaga.. umi tk bermaya dek kerana tak sempat jamah sebarang makanan dari jam 10 pagi! Allahu Akbar..hanya Allah yang tahu betapa lemahnya umi saat itu..tanpa sokongan sesiapa disisi hanya ada misi yang memberi kata semangat.

Tepat jam 7.43mlm, lahirlah puteri yang comel dan sihat..dengan berat 3.2kg. Alhamdulillah.. sempat menghantar sms kpd ayah... dan dibalas ayah.. "Allahu Akbar! Dah keluar? Nape tak sempat tunggu ayah.. Waktu sms ayg hntr, waktu tu abg tgh berdoa agaknya, lps solat maghrib td... Alhamdulillah, tunggu abg ya sayang... abg terus ke hospital nnt".

Sambil misi menyudahkan urusan seterusnya, sempat juga bercerita...
"Syukur Alhamdulillah, walaupun tanpa suami disisi...mudah sgt proses kelahirannya. Dari pengalaman akk, kalau mudah tu, maknanya hubungan suami isteri nya baik... maknanya awk redha suami terpaksa ke KL dalam keadaan awk sarat ni... Ye lah, bukan kita nk mnta bersalin sendiri kan.. Maknanya awk ni mmg kuat orgnya.. dah biasa berdikari ya? Keluarga pun jauh kt Kelantan"

"Ya kak... jadi emak ni kena belajarlah berdikari walaupun sukar mulanya..." jawab umi dalam keadaan kurg bermaya..

"Kalau susah tu biasanya mesti ada yang tak kena... selalunya ada lah yg isteri buat tak kena.suami tak redha. akk pernah attend bbrapa kali. Bila susah sgt nk bersalin, mmg akk suruh suaminya duduk sebelah isteri...cakap maafkan dan ampunkan isteri... tp pernah sekali dekat 12jam dah..bersalin anak ketiga..jalan dah buka tp baby susah nk keluar, tanya sorg bidan lama tu katanya suami kena langkah isteri baru bolh bersalin... terpaksalah suami tu langkah si isteri, barulah bayi keluar!"

"Sampai begitu sekali?"

"Ye dik...syurga isteri pada suami... Suami mesti redha dgn apa yg kita buat... dan isteri jg mesti belajar utk redha dgn apa yg suami buat... Insha Allah, semua dimudahkn..."

Sedikit cerita perkongsian pengalaman sang misi. Buat pedoman umi...

Kira-kira jam 10.00 mlm, ayah tiba di hospital.. Barulah puteri comel dapat bertemu dgn ayahandanya.. Dan disempurnakan iqamat dan tahniknya... Alhamdulillah..

"Comelllnya, putih gebu... mcm siapa la ni?", kata ayah sebaik menatap sang puteri. Umi didakap erat... "Maafkan abang tak dpt bersama ayg..", kata ayah lagi...

Umi hanya mampu tersenyum... badan masih tak bermaya akibat pitam sebelumnya.. Ayah keluar semula dan belikan umi makan utk bagi tenaga... Alhamdulillah...

Kenangan setahun lalu masih manis diingatan. Kini genap setahun usiamu puteri pilihan.. Moga dirimu sentiasa dalam Rahmat & Kasih Sayang Allah swt.. Mendapat kejayaan dunia & akhirat.

Banyak ilmu baru yang amat berharga sepanjang setahun umi bersamamu. Terima kasih sayang!

Terima kasih kerana masih sudi menyusu umi lagi
Terima kasih kerana masih sudi dikendong umi lagi
Terima kasih kerana masih sudi diulit umi dan ayah lagi... =)





No comments:

Post a Comment